Stadium keramat JDT, SSI terus menerus kukuh dalam saingan ACLE musim ini selepas aksi Harimau Selatan bertemu gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima pada Rabu.
Saingan ACLE musim ini menyaksikan JDT menerima kunjungan 5 pasukan dari rantau Asia iaitu Shanghai Shenhua, Shanghai Port, Machida Zelvia, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima.
Menurut JDT, mereka berjaya mencatatkan kemenangan ketika bertemu Shanghai Shenhua, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima. Selain, hanya seri bertemu Shanghai Port & Machida Zelvia.
Hal ini membuktikan bahawa Stadium Sultan Ibrahim kekal kebal sepanjang aksi ACLE 2025/26 dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Harimau Selatan yang bertindak sebagai pemain ke-12 dalam setiap perlawanan.
“Kemenangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) 3-1 ke atas Sanfrecce Hiroshima pada perlawanan pertama Pusingan 16 memastikan rekod tanpa kalah di tempat sendiri dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) 2025-26.”
“Harimau Selatan mencatat tiga kemenangan dan dua seri, sekali gus mengekalkan status Stadium Sultan Ibrahim tanpa kalah di pentas Asia musim ini.”
“Tiga kemenangan itu diraih menentang Shanghai Shenhua, Vissel Kobe dan Sanfreece manakala keputusan seri dengan Machida Zelvia dan Shanghai Port. Luaskan Kuasamu Johor,” kata JDT dalam satu kenyataan di laman media sosial pada Khamis.
Perlawanan timbal balik yang mempertemukan JDT dengan Sanfrecce Hiroshima itu dijadualkan berlangsung pada 11 Mac, pukul 6.00 petang, di Edion Peace Wing Hiroshima.