Advertisements
ACLE: JDT Tewas Kali Pertama, Ditundukkan Gwangju
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas kali pertama ke atas wakil Korea Selatan, Gwangju FC.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu 3 mata berharga bagi perlawanan ketiga ACLE.  

Gwangju tidak menunggu lama untuk membuka jaringan, seawal tiga minit permainan, menerusi pemain sayap Jasir Asani yang bijak melepaskan rembatan dalam kawasan sempit menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre. 

Tiga minit kemudian, pemain sayap Gwangju, Jasir Asani terus menghukum JDT selepas bijak mencuri bola daripada kawalan pemain pertahanan, Feroz Baharudin sekaligus menghadiahkan gol kedua pasukan. 

Pada minit ke-28 permainan, Feroz Baharudin menebus semula kesilapannya apabila menjaringkan gol pertama JDT menerusi tandukan daripada sepakan sudut.

Separuh masa pertama tamat, Gwangju 2-1 Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jurulatih Gwangju, Jung-Hyo Lee membuat dua pertukaran selepas separuh masa kedua bermula dengan memasukkan pemain sayap, Heui-kyun Lee dan penyerang, Kyong-Rok Choi. 

Pada minit ke-88 permainan, Gwangju terus menggandakan jaringan ketiga menerusi jaringan sendiri oleh pertahanan JDT, Jun-Heong Park yang menepis tandukan deras dari penyerang Gwangju.

Gwangju ketika ini terus kekal di kedudukan pertama dengan 9 mata sementara JDT terpaksa akur kekal dengan 4 mata.

Selepas ini, JDT akan bertemu Ulsan Hyundai dan Gwangju berdepan Vissel Kobe pada 5 November bulan hadapan.