Advertisement
ACLE: Kad Merah Bantu Shanghai Shenhua Benam Kawasaki Frontale
ACL
MakanBola
AFC CHAMPIONS LEAGUE

Shanghai Shenhua berjaya meraih tiga mata berharga ke atas Kawasaki Frontale setelah menumbangkan kelab Jepun itu dengan jaringan 2-0.

Shanghai Shenhua mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mendaki tangga ke-4 kumpulan A setelah tewas dalam aksi sebelumnya.

Kelab dari China itu mempertaruhkan bisa Cephas Malele dan Andre Luis dalam membolosi gawang gol Kawasaki Frontale.

Kawasaki pula menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman, Akihiro Ienaga yang berusia 38 tahun bersama-sama Marcinho dan Shin Yamada di barisan serangan pasukan.

Namun malang menimpa Marcinho apabila dilayangkan kad merah seawal minit ke-5 permainan sekaligus memaksa Kawasaki untuk bermain dengan 10 pemain.

Shanghai Shenhua memanfaatkan situasi tersebut apabila berjaya meledak gol pada minit ke-24 hasil jaringan daripada Wang Haijian.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama dan memasuki babak kedua, Shanghai Shenhua terus mendominasi permainan menerusi beberapa percubaan menarik.

Andre Luis menutup kemenangan bergaya Shanghai Shenhua ke atas Kawasaki Frontale apabila meledak gol kedua ketika perlawanan memasuki masa tambahan.

Kedudukan 2-0 menyaksikan Shanghai Shenhua kini mengutip 6 mata manakala Kawasaki hanya meraih 3 mata dalam 3 perlawanan awal ACLE.

Shanghai Shenhua seterusnya akan menentang Central Coast Mariners pada 5 November kelak manakala Kawasaki Frontale akan melawan Shanghai Port bagi saingan kumpulan A ACLE.