Advertising
ACLE: Kehadiran JDT Atasi Al-Nassr
MakanBola
Johor Southern Tigers

Siapa sangka angka kehadiran Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) lebih baik berbanding beberapa kelab terkemuka termasuk Al-Nassr.

Ini dibuktikan dengan membandingkan data kehadiran ACLE kelab-kelab berkenaan dalam Transfermarkt.

Ad

Empat aksi Al-Nassr di stadium keramat mereka, Al-Awwal Park menyaksikan jumlah kehadiran seramai 71,346 orang.

Ad

Ini sama sekali berbeza dengan angka kehadiran yang direkodkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tiga aksi ACLE di SSI merekodkan jumlah kehadiran 97,039 orang.

Meskipun dibarisi ramai bintang terkemuka termasuk legenda Portugal, Cristiano Ronaldo, Al-Nassr tidak dapat menarik kehadiran penyokong yang ramai.

Ad

Ini terbukti menerusi rekod kehadiran tertinggi ACLE seramai 23,324 orang pada 6 November 2024 dalam aksi menentang Al-Ain.

Ad

Rekod kehadiran tertinggi JDT dalam ACLE direkodkan dalam aksi menentang Ulsan HD. Seramai 34,236 orang menyaksikan kemenangan selesa 3-0 tuan rumah ke atas The Tigers.

Ad

Rekod ini juga menjadikan kehadiran JDT yang tertinggi dalam saingan Liga Timur ACLE. Mereka diekori Shandong Taishan yang merekodkan kehadiran 32,867 orang semasa menentang Gwangju pada 11 Februari lalu.

Justeru, sokongan penyokong dijangka ditagih Harimau Selatan menjelang aksi terakhir Liga Timur ACLE menentang Pohang Steelers pada 18 Februari.

Ini kerana seandainya JDT berjaya meraih mata ke atas pasukan Korea Selatan itu, itu sudah cukup untuk membawa mereka ke pusingan 16 terbaik ACLE.