Buriram United diikat oleh wakil dari Australia, Melbourne City di saat-saat akhir dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit musim ini di Stadium Rectangular Melbourne pada Selasa.
Buriram memulakan aksi dengan tempo yang tinggi dengan melancarkan lambakan peluang berbahaya pada awal babak pertama aksi.
Melbourne City yang menerima sokongan ribuan penyokong sendiri tampak berjaya menahan segala tekanan yang diberikan oleh pasukan dari Thailand tersebut.
Buriram United akhirnya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-37 menerusi Guilherme Bissoli selepas menerima umpanan cantik oleh Kingsley Schindler sekali gus memberikan kelegaan kepada kem pasukan beliau.
Melbourne City tampak meningkatkan intensiti perlawanan namun kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, Melbourne City terus menerus mengasak kubu Buriram United menerusi Daniel Arzani namun segala percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pelawat Neil Etheridge.
Benjamin Mazzeo memberikan derita kepada wakil dari Thailand tersebut dengan meledak jaringan penyamaan pada penghujung separuh masa kedua sekali gus memastikan tempat Melbourne City di peringkat suku akhir ACLE masih ada.
Aksi di Stadium Melbourne Rectangular tamat dengan keputusan terikat seri 1-1 bagi kedua-dua pasukan.
Aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit antara Buriram United & Melbourne City dijadualkan pada 10 Mac ini di Chang Arena, Thailand.