Advertisement
ACLE: Pemain JDT Persiap Mentaliti Luar Biasa Hadapi Gwangju
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa tidak mahu memberi laluan mudah buat pasukan tuan rumah, Gwangju FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) hari ini.

Dalam sidang media pra-perlawanan, Natxo menyatakan bahawa JDT sudah persiap mentaliti untuk memberi cabaran buat Gwangju. Kem Harimau Selatan akan turun dengan kondisi terbaik dalam usaha untuk mengelak dari keciciran mata.

“Kita ada perlawanan yang sukar pada esok, kami hormat pasukan lawan namun sudah pasti akan berikan yang terbaik.”

“Beraksi di laman sendiri atau laman lawan, apa yang penting adalah kami mahu buktikan keupayaan dan kemenangan buat JDT,” ujar Natxo.

Untuk rekod, Gwangju dibawah kendalian Lee Jung-Hyo menghuni tangga teratas selepas merekodkan enam mata apabila menang dalam dua perlawanan terdahulu.

Sementara JDT yang dibimbing Hector Bidoglio pula masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mencatat empat mata dengan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

JDT dan Gwangju akan berentap dalam aksi ketiga di Stadium Yongin Mireu, di Yongin, Korea Selatan hari ini pada jam 6 petang.