ACLE: Ramai Pemain Utama Vissel Kobe Tak Dibawa Ke Malaysia
MakanBola
Vissel Kobe FC

Vissel Kobe tidak membawa barisan terbaik menjelang aksi AFC Champions League Elite (ACLE) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa.

JDT dan Vissel Kobe akan turun berentap dalam perlawanan tumpuan ACLE minggu ke-8 dengan skuad Harimau Selatan bakal membawa misi wajib menang untuk layak ke pusingan kalah mati.

Ketika JDT dijangka akan turun barisan terbaik, skrip berbeza pula direncana oleh Vissel Kobe apabila kebanyakan tonggak utama mereka tidak dibawa ke Malaysia untuk pertemuan kali ini.

Menurut Michael Skibbe, keputusan untuk meninggalkan para pemain utama Vissel Kobe terpaksa diambil selepas mengambil kira kepadatan jadual sebelum ini selain untuk memberi tempoh rehat untuk aksi liga akan datang.

”Oleh kerana, kami terkesan dengan aksi-aksi penting pada minggu lalu selain berdepan persiapan singkat sebelum liga bermula, ramai pemain yang tak bersama kami di sini,” kata Michael Skibbe ketika sidang media.

”Para pemain yang berada di kesebelasan utama ketika 3 perlawanan terdahulu kebanyakannya direhatkan di Jepun untuk beraksi dalam saingan J-League minggu ini,” tambah bekas jurulatih Sanfrecce Hiroshima itu.

Aksi JDT vs Vissel Kobe bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim esok dengan sepak mula tepat jam 8.15 malam.

Claim Money Packet TnG