Peluang JDT Ke Pusingan Kalah Mati ACLE 94%
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki peluang besar untuk layak ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE) berdasarkan perkiraan oleh laman terkemuka dunia.

Selepas tewas kepada Sanfrecce Hiroshima minggu lalu, JDT kini dalam persiapan rapi bagi menghadapi sebuah lagi kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dalam aksi terakhir pusingan ACL Elite.

Tugas berat dijangka menanti skuad kendalian Xisco Munoz ini dalam usaha untuk memburu kemenangan ke atas Vissel Kobe bagi memastikan tempat ke pusingan kalah mati lebih terjamin.

Di atas kertas, Vissel Kobe dianggap sebagai pasukan pilihan menjelang aksi ini berdasarkan kedudukan semasa di puncak liga hasil kutipan 16 mata hasil 5 kemenangan dan sekali seri serta kalah.

Manakala JDT yang kini berada di kedudukan ke-7 liga perlu meraih 3 mata untuk kekal dalam kelompok 8 kelab terbaik ke pusingan kalah mati, dan jika sebaliknya, mereka berisiko terlepas slot itu.

Selain JDT, 5 kelab turut sedang bersaing untuk merebut 4 lagi tempat ke pusingan kalah mati iaitu Buriram United, FC Seoul, Gangwon, Ulsan HD serta Chengdu Rongcheng dari China.

Perkiraan dari laman Footy Rankings menyaksikan peluang JDT untuk berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik bagi layak ke pusingan kalah mati ACLE ini diramal setinggi 94%.

Bahkan, Buriram United serta FC Seoul turut dijangka bakal mara ke pusingan kalah mati dengan peluang setinggi lebih 90% untuk mengiringi 4 pasukan yang sudah layak terlebih dahulu.

Jangkaan peluang JDT ini dilakukan selepas mengambil kira nasib 3 pasukan di bawah JDT iaitu Gangwon, Ulsan HD dan Chengdu Rongcheng yang akan beraksi di laman lawan pada aksi terakhir ini.

Walau bagaimanapun, perkiraan ini hanyalah bersifat teori semata, segala keputusan dan nasib JDT bakal ditentukan dalam 90 minit perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim esok.

Percaturan terbaik dijangka bakal jadi taruhan Xisco Munoz dan JDT dalam usaha untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila skuad Harimau Selatan layak ke pusingan kalah mati. ACLE

Claim Money Packet TnG