Advertisement
ACLE: Shanghai Port Curi Satu Mata Dari Gwangju
ACL
MakanBola
AFC

Perlawanan saingan AFC Champions League Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Shanghai Port bangkit ikat Gwangju dengan 10 pemain.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi memastikan tiga mata penuh dalam perlawanan keempat kumpulan timur.

Gwangju hampir membuka jaringan pertama seawal 9 minit aksi menerusi, Tae Jun Park namun gol dibatalkan kerana berada dalam keadaan ofsaid selepas semakan VAR dibuat. 

Pada minit ke-38 permainan, penyerang Gwangju, Yool Heo membuka jaringan pertama pasukan dengan penyudah terbaiknya.  

Separuh masa pertama tamat, tuan rumah, Shanghai Port 0-1 Gwangju.

Pada minit ke-55 permainan, pemain pertahanan tengah Shanghai Port dilayangkan kad merah kerana sengaja memijak badan pemain Gwanju. 

Usaha tidak mengkhianati hasil, pada minit ke-76, Shanghai Port berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh ketua pasukan, Oscar. 

Perlawanan tamat, Shanghai Port berjaya bangkit ikat Gwangju di laman sendiri dengan keputusan seri 1-1.

Selepas ini, perlawanan seterusnya menyaksikan Shanghai Port berdepan Vissel Kobe dan Gwangju akan bertemu Shandong pada tahun hadapan 11 Februari 2025.