Gwangju FC catat kekalahan pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) selepas tewas kepada wakil dari Jepun, Vissel Kobe.
Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang selepas tidak banyak percubaan tepat berjaya dihasilkan.
Pasukan tuan rumah, Vissel Kobe membuka tirai jaringan selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti. Sepakan itu disempurnakan Taisei Miyashiro untuk jaringan pertama Vissel Kobe sekaligus munutup aksi di babak pertama dengan keputusan 1-0.
Bersambung aksi di babak kedua, Gwangju terus dihukum Vissel Kobe untuk gol kedua menerusi jaringan Daiju Sasaki.
Daiju Sasaki memanfaatkan tepisan kurang kemas penjaga gol Gwangju, Kim Kyeong-min dengan satu rembatan untuk gol kedua Vissel Kobe.
Biarpun beberapa siri serangan mula direncanakan Gwangju, disiplin pertahanan Vissel Kobe telah mematahkan banyak serangan pasukan pelawat.
Vissel Kobe berjaya mencatat tiga mata selepas menewaskan Gwangju di Stadium Noevir dengan keputusan 2-0.
Kekalahan Gwangju kepada Vissel Kobe telah meletakkam skuad kendalian Lee Jung Hyo itu berada di kedudukan kedua, satu mata di belakang Vissel Kobe yang menghuni tangga teratas saingan ACLE East dengan sepuluh mata.
Aksi seterusnya menyaksikan Vissel Kobe bakal berdepan wakil Australia, Central Coast dan Gwangju pula akan bertemu Shenghai Shenhua di pentas ACLE.