Adab Tinggi Viktor Axelsen Bantu Mop Lantai Gelanggang Terima Pujian
UltraSukan
BWF
Advertisements

Gelagat pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen membantu mengemop lantai gelanggang mencuri perhatian warga maya baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan akaun TikTok Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), jaguh Denmark itu pada awalnya memberi ruang kepada atendan untuk mengelap gelanggang.

Axelsen kemudiannya meminta mop diserahkan kepadanya bagi membolehkan beliau mengelap bahagian gelanggang yang dirasakan licin.

Advertisements

Selepas berpuas hati dengan keadaan gelanggang, juara Japan Masters 2023 itu menyerahkan kembali mop kepada atendan berkenaan.

Ini bukan kali pertama Axelsen melakukan perkara tersebut di atas gelanggang. Sebelum ini, beliau juga mengemop gelanggang semasa beraksi dalam saingan Denmark Open 2019.

Advertisements

Ramai peminat badminton memuji tindakan Axelsen di TikTok di mana beliau disifatkan bukan saja bertimbang rasa. Malah, ini juga menunjukkan beliau tidak lokek membantu.

Salah seorang daripadanya ialah pengguna bernama Cyano Kid. Dia menyifatkan Axelsen agresif di gelanggang tetapi memiliki sikap-sikap baik yang patut dicontohi.

Advertisements

“Dia garang di gelanggang tetapi dengan sikap yang baik. Tabik hormat,” katanya. Sementara Okonomiyaki melihat ini sikap yang patut ditampilkan jaguh badminton dunia.

“Sikap pemain badminton bertaraf dunia,” pujinya. Manakala Hans pula menyifatkan sikap rendah diri Axelsen sebagai kunci kejayaannya. “Merendah diri ialah kunci kejayaan,” tambahnya.

Advertisements

Ramai peminat mengharapkan Axelsen kembali bangkit untuk baki tahun 2004. Selepas cemerlang pada tahun 2023 dengan enam kejuaraan jelajah BWF, jaguh Denmark itu masih belum menggondol gelaran juara kejohanan BWF.

Pencapaian terbaik Axelsen setakat ini ialah mara ke separuh akhir European Championship 2024 dan Petronas Malaysia Open 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram