Advertisement
Adik Safawi Rasid Beri Bayangan Sertai Kedah?
Dunia
MakanBola
IG Alfi Rasid

Adik kepada pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid iaitu Alfi Rasid baru-baru ini ada memuat naik satu story di laman instagram beliau seolah-oleh memberi bayangan akan menyertai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Alfi yang turut menyarung jersi JDT III untuk Piala Presiden telah meletakkan gambar pintu gerbang yang memperlihatkan logo jata negeri Kedah. Gambar tersebut turut disertakan emoji bola sepak dan emoji hijau kuning.

Jika perpindahan Alfi menjadi kenyataan, ini bermakna Alfi bakal mengikut jejak langkah abangnya Safawi yang tidak akan menyarung jersi JDT musim hadapan apabila beliau bakal dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Alfi Rasid Adik Safawi Rasid Beri Bayangan Sertai Kedah?
Instagram story yang dimuatnaik Alfi.

Hadir ke JDT pada penghujung 2019, Alfi telah beraksi untuk JDT III bagi menghadapi Piala Presiden dan beliau adalah antara pemain yang membantu JDT menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang pada bulan Ogos yang lalu.

Sebelum menyertai JDT, Alfi bergiat aktif dengan bola sepak secara amatur di Terengganu. Beliau membantu pasukannya, Dspex FC melakar kemenangan sebagai juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL) pada tahun 2018.