Adilet Kanybekov Sandaran Terbaru Perak
Transfer
TBG TV
Advertisements

Perak FC merupakan salah sebuah pasukan yang sedang rancak membawa masuk pemain baharu untuk saingan Liga Super 2024/2025.

Terkini, bintang muda Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov menjadi pemain terbaharu yang ditandatangani bagi mengisi slot import skuad kendalian Yusri Che Lah itu.

Berita perpindahan tersebut telah diumumkan menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Youtube TBG TV sebentar tadi.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi dengan posisi utamanya ialah posisi tengah dan juga tengah bertahan.

Memulakan karier bola sepak dengan menyertai Akademi Besiktas, Adilet juga pernah berkelana ke Republik Czech untuk mengembangkan karier.

Selain itu, Adilet juga merupakan ketua pasukan skuad bawah 23 tahun yang bersaing di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Advertisements

Pada musim lalu, Adilet beraksi bersama kelab Neftchi di Kyrgyzstan. Beliau merupakan tonggak utama pasukan dan telah diturunkan dalam 22 perlawanan. Walaupun gagal meledak sebarang gol musim lalu, Adilet berjaya menyumbang lapan bantuan gol buat pasukannya.

Kehadiran Adilet dijangka akan memperkuatkan jentera tengah pasukan Perak yang sebelum ini sememangnya mengharapkan kudrat ketua pasukan, Luciano Guaycochea dan pemain Nigeria, Sunday Afolabi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram