“AFC Bukan Polis” – Windsor Paul
MakanBola
AFC Academy

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menegaskan badan induk itu bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk menyiasat isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Malaysia.

Hal ini dinyatakan dengan tegas oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John apabila ditanya tentang perkara itu.

Windsor memaklumkan AFC tidak memiliki kuasa untuk menyiasat dan menghukum mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Ini kerana kuasa menyiasat dan menghukum individu-individu yang terlibat jatuh kepada pihak berkuasa. AFC hanya bertanggungjawab menguatkuasa tadbir urus dan aspek peraturan agar lebih telus dan mantap.

“Kita bukan polis di sini. Saya cuma ingin menegaskan di sini bahawa kita bukan pegawai penguatkuasa. Kita tidak mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa atau memanggil sesiapa pun. Kita tidak mempunyai kuasa itu sebagai badan pentadbir.

“Jika anda seorang pegawai bola sepak, jika anda telah melakukan sesuatu yang salah, ya, anda boleh datang ke hadapan jawatankuasa disiplin AFC. Kemudian, jawatankuasa disiplin akan meneliti peraturan.

“Apakah kesalahan yang anda telah langgar atau anda tahu telah dilanggar dan kemudian mereka akan memberikan sekatan atau hukuman yang dinyatakan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Wisma FAM.

Sidang media tersebut diadakan bagi membolehkan AFC menyatakan kemas kini berhubung proses reformasi dalaman yang dilalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Windsor turut menegaskan kes pemain membabitkan Timor Leste dan pemain merupakan dua kes yang berbeza.