FIFA & AFC ‘Masuk’ FAM, 3 Agenda Jadi Topik Utama
MakanBola
MNT/FIFA/AFC

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) difahamkan telah bertemu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John Paul dalam satu wawancara Sebelas Utama di Astro Arena.

Windsor memaklumkan berkenaan perkembangan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang kini diberikan penagguhan sementara oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Katanya, pertemuan antara ketiga-tiga badan induk bola sepak ini telah berlaku pada minggu lepas untuk membincangkan perkembangan semasa.

“FIFA, AFC dan FIFA telah bertemu pada minggu lepas. Kita membincangkan tentang FAM dan AFC bakal lakukan dan apa FAM perlu buat.

“Fasa pertama sekarang ini adalah pengumpulan dokumen yang perlu diberikan oleh FAM kepada FIFA dan AFC,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa AFC bakal memainkan pernana yang lebih besar dalam proses penilaian ini susulan ibu pejabat badan induk itu yang berada di Malaysia.

“Kita bakal mendapatkan semua polisi terkini di FAM termasuklah Statut terkini FAM dan juga polisi unit Sumber Manusia,” tambahnya lagi kepada Astro Arena.

“Senarai panjang bakal diberikan oleh FAM kepada AFC.”

Keputusan akhir oleh CAS bakal diketahui pada 26 Februari 2026.

Claim Money Packet TnG