AFC Champions League Play-Off: BG Pathum United Lakar Kejutan Tewaskan Shanghai Port
ACL
AFC Champions League
Advertisements

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta sensasi dalam kalangan penyokong Thailand apabila berjaya mengalahkan kelab China, Shanghai Port dalam aksi play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka. The Red Eagles menurunkan bekas bintang Chelsea, Oscar dan bekas penyerang Sheffield Wednesday, Lucas Joao.

Manakala The Rabbits pula terus mengekalkan khidmat bekas pemain perancang Kawasaki Frontale, Chanathip Songkrasin bagi mengepalai cabaran malam ini.

Advertisements

Beraksi di Stadium Bola Sepak Pudong, Shanghai, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah yang juga pendahulu Liga Super China (CSL) musim ini menerusi penyerang Uzbekistan, Igor Sergeyev pada minit ke-12.

Belum sempat anak-anak buah Javier Pereira mengatur kebangkitan, mereka ketinggalan lagi 2-0 menerusi Sergeyev pada minit ke-26.

Pemain kebangsaan China berdarah Uyghur, Mirahmetjan Muzepper merapatkan jurang untuk tuan rumah menerusi tandukan pada 31. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah terus menderita apabila Sergeyev menyempurnakan hatrik pada minit ke-61.

Tuan rumah cuba merapatkan jurang menerusi pemain gantian dari Austria, Markus Pink pada minit ke-84. Usaha Shanghai Port bagaimanapun sudah terlambat dengan BG Pathum mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat kumpulan ACL.

Seperti juara bertahan Urawa Red Diamonds yang layak selepas mengalahkan Lee Man 3-0 dalam satu lagi aksi play-off, The Rabbits akan diletakkan dalam pot 4 untuk cabutan undi kumpulan ACL pada 24 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram