AFC MA Ranking: JDT Sumbang Lebih 70% Mata Buat Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) pada musim ini berhasil menyumbang lebih 70% mata buat Malaysia dalam kedudukan MA Ranking.

Perjalanan indah JDT di pentas ACLE musim ini berakhir di pusingan suku akhir setelah skuad kendalian Xisco Munoz terpaksa akur tunduk di tangan juara bertahan, Al-Ahli 1-2 minggu lalu.

Walaupun tewas, kempen ACLE musim ini menyaksikan JDT melakar perjalanan cemerlang setelah dua kali menewaskan wakil Jepun di laman sendiri selain mencipta sejarah ke suku akhir buat kali pertama.

Kejayaan JDT ini turut membantu Malaysia bagi mengekalkan kedudukan keenam dalam carta AFC MA Ranking, sekali gus memastikan satu slot ke ACLE dan ACL2 untuk kelab negara masih terjamin.

Kemas kini oleh laman Footy Rankings menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-11 di Asia dan ke-6 bagi zon Asia Timur dengan 45.184 mata tatkala JDT menjadi penyumbang mata utama.

Daripada jumlah mata terkumpul itu, skuad Harimau Selatan menjadi penyumbang mata tertinggi antara kelab-kelab di Malaysia iaitu sebanyak 33.61 mata yang membawa kepada 74.4 % mata keseluruhan.

AFC MA Ranking Malaysia April AFC MA Ranking: JDT Sumbang Lebih 70% Mata Buat Malaysia
Footy Rankings

JDT juga konsisten menjadi penyumbang mata tertinggi bagi kelab Malaysia yang beraksi di Asia saban tahun, khususnya pada 3 edisi terakhir iaitu 2022 (16 mata), 2024 (9 mata) dan tahun 2025 iaitu 22.35 mata.