Advertising
AFC Ramal Arif Aiman Bakal Bawa JDT ‘Terbang Tinggi’ Di ACLE
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meramal Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus cemerlang di AFC Champions League Elite (ACLE) dengan prestasi positif oleh Arif Aiman.

JDT ketika ini berada di tangga ke-6 carta ACLE selepasa 6 perlawanan hasil dua kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan untuk berada dalam kelompok 8 kelab terbaik.

Kejayaan JDT ini bertitik tolak dari persembahan cemerlang oleh pemain-pemain yang berjaya beradaptasi dengan baik apabila turun berdepan pasukan-pasukan handalan di Asia.

Ad

Antara nama yang menonjol membawa JDT dalam saingan ACLE ketika ini sudah semestinya pemain sayap lincah, Arif Aiman yang telah meledak 4 jaringan dalam 6 perlawanan.

Ad

Oleh itu, laman AFC telah mengangkat bakat luar biasa Arif Aiman dan meramal JDT akan terus bersaing hebat di Asia andai bintang muda ini terus pamer aksi cemerlang seperti ini.

”Arif Aiman memang luar biasa!” tulis laman AFC dalam satu hantaran di media sosial.

Ad
Ad

“Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk cabaran ACL Elite yang hebat jika dia terus bermain seperti ini!”

Ad

Arif Aiman dan juga JDT berdepan dua aksi getir selepas ini dalam usaha mengekalkan kedudukan di dalam kelompok 8 kelab terbaik sekaligus mara ke pusingan kalah mati ACLE.

Pada 11 Februari ini, JDT akan terbang ke Australia bagi aksi menentang Central Coast Mariners sebelum turun melayani kunjungan Pohang Steelers seminggu kemudian.