Advertising
Central Coast Mariners Hilang Taring Hadapi JDT
MakanBola
CCM/JST
Sponsors
FAM - Malaysia vs Nepal

Jaguh Australia, Central Coast Mariners kehilangan identiti sebenar menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Mark Jackson masih tercari-cari momentum sebenar pasukan apabila terikat tanpa jaringan berdepan Wellington dalam satu aksi baru-baru ini.

Ad

Central Coast kini menghuni tangga ke-10 A-League dengan pasukan baharu, Auckland FC kini membimbing carta liga.

Ad

Prestasi semasa The Mariners tidak kurang buruknya apabila hanya melakar tiga kemenangan dalam 11 perlawanan akhir sejak awal Disember 2024.

Situasi sukar ini diburukkan lagi dengan persembahan pasukan dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) apabila hanya merakamkan satu keputusan seri dalam 6 aksi awal selain menghuni tangga tercorot kumpulan.

Ad

JDT pula terus mencatatkan keputusan positif dalam semua kejohanan selepas menang 8 daripada 9 aksi terakhir.

Ad

Rekod bagi saingan ACLE juga tidak kurang hebatnya selepas membenam cabaran Ulsan HD dan merantai wakil Thailand, Buriram United tempoh hari.

Ad

Aksi antara Central Coast Mariners vs JDT bakal berlangsung pada 11 Februari jam 4 petang.