AFC Kaji Stadium Milik Indonesia, Sedia Berikan Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Dunia
Micheal Effendy
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dikhabarkan akan melakukan kunjungan terhadap beberapa buah stadium di Indonesia sebelum memutuskan tuan rumah bagi saingan Piala Asia 2023.

Indonesia telah menyertai nama-nama seperti Korea Selatan, Australia dan juga Qatar yang mahu mneggantikan China sebagai tuan rumah bagi kejohanan berprestij ini.

Menurut satu kenyataan, Sekretriat Jeneral AFC, Dato Seri Windsor John telah pun mengutuskan surat kepada pihak PSSI yang menyatakan bahawa mereka bakal tiba di Indonesia pada 1-4 September nanti.

Advertisements

“Kami menerima surat daripada AFC pada 1 Ogos lalu, dan sudah tentunya kami sentiasa menyambut baik kedatangan mereka,” ujar Yunus Nusi dari PSSI.

Malah, AFC juga bakal mengadakan kunjungan ke negara lain seperti Korea, Australia dan terakhir Qatar bagi melakukan tinjauan terhadap stadium mereka.

PSSI juga akan mengusulkan beberapa buah stadium di Indonesia untuk diperiksa namun masih belum ada kata akhir bagi lokasi yang bakal dipilih sebagai venue pertandingan.

Advertisements

PSSI ketika ini sangat bersemangat untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini setelah mendapat sokongan penuh oleh kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan di sana.

Piala Asia 2023 akan diadakan pada 16 Jun hingga 16 Julai tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram