Aksi final AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Jepun dan Uzbekistan mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia ketika ini.
Uzbekistan merupakan finalis pada tahun 2022 selepas menundukkan Jepun pada aksi separuh akhir namun tewas di tangan Arab Saudi pada edisi tersebut.
Jepun juga merupakan sebuah pasukan yang hebat apabila muncul juara edisi 2016.
Menurut penjelasan oleh kapten Uzbekistan, Jasurbek Jaloliddinov yang menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 separuh akhir menentang Jepun pada 2022 mengakui misi pasukan adalah untuk menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan sebanyak dua kali.
“Esok, akan dua pasukan yang kuat dan saya akan cuba yang terbaik untuk membantu kami menang,” kata pemain berusia 21 tahun itu kepada AFC.
“Dua tahun lalu kami menentang Jepun dan ia adalah kenangan yang baik untuk kami, tetapi kami menghormati mereka.
“Mereka mempunyai pasukan yang kuat, mereka juga mempunyai strategi mereka sendiri yang baik, itulah sebabnya esok kami akan mempunyai perlawanan yang sangat baik.”
Kapten Jepun, Fujita yang beraksi untuk Jepun dua tahun lalu tidak melupakan pengalaman itu dan bersedia untuk satu lagi pertemuan sukar menentang lawan yang memenangi semua lima perlawanan setakat ini tanpa bolos.
“Mereka mempunyai fizikal dan teknik yang bagus, dan saya ingat kami tidak dapat bermain dengan baik (pada 2022),” katanya.
“Dari segi saingan ini, mereka berada dalam keadaan baik dan tidak dibolosi gol. Esok, ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan bukan mudah untuk mendapatkan gol, tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol dan memenangi trofi.”
Kesebelasan Utama Jepun vs Uzbekistan
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Jepun vs Uzbekistan
Tarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat)
Masa: 11:30 Malam
Venue: Stadium Jassim bin Hamad, Qatar.
Siaran Langsung: YouTube (Akses VPN / US)