AFC U-23 Asian Cup: Dua Jaringan Awal Bawa Jepun Ke Final Atasi Iraq
Asia
Iraq FA
Advertisements

Dua gol di separuh masa pertama berjaya menghantar Jepun ke final AFC U-23 Asian Cup setelah menewaskan Iraq pada awal pagi Selasa.

Jepun tampil ke perlawanan separuh akhir ini dengan momentum terbaik setelah menyingkirkan tuan rumah, Qatar minggu lalu dan mempertaruhkan barisan terbaik bagi melakar satu lagi kemenangan.

Iraq pula terpaksa mengharapkan sepakan penalti pada minit akhir untuk menghantar pulang Vietnam sebelum ini juga turut membariskan beberapa tonggak utama bagi aksi penting berdepan skuad Samurai Biru ini.

Advertisements

Permainan nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling merencana serangan sehinggalah penyerang Jepun, Mao Hosoya meletakkan pasukannya di hadapan selepas menerima hantaran jauh dari rakan sepasukannya pada minit ke-28.

Iraq yang tersentak mula mengatur gerak mencari jaringan penyamaan namun begitu, jaguh Asia Timur itu terus menggandakan kelebihan tiga minit sebelum rehat hasil hantaran pendek cantik yang disudahkan oleh Ryotaro Araki.

Advertisements

Aksi di separuh masa pertama tamat dengan Jepun memiliki kelebihan 2-0 ke atas Iraq.

Bersambung separuh masa kedua, Iraq yang terkenal dengan gelaran Lions of Mesopotamia tampil lebih bertenaga untuk mencari jalan membolosi gawang Jepun yang dikawal oleh Leo Kokubo.

Advertisements

Jepun yang juga juara edisi 2016 di Qatar mula melakukan beberapa pertukaran penting dengan membawa masuk Shota Fujio dan Kein Sato bagi menambah sengat di jentera serangan pasukan.

Walau bagaimanapun, tiada jaringan dapat dijelmakan di separuh masa kedua sekaligus mengakhiri aksi dengan kemenangan 2-0 menjadi milik Jepun.

Advertisements

Kemenangan bermakna ini menyaksikan Jepun bakal melangkah ke perlawanan akhir AFC U-23 Asian Cup berdepan Uzbekistan yang turut lolos selepas menewaskan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Jepun juga berjaya mengesahkan tempat sebagai salah satu daripada tiga wakil Asia ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala Iraq perlu memenangi aksi penentuan tempat ketiga untuk menjadi wakil ketiga ke temasya sukan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram