AFC U-23 Asian Cup: Gol Lewat Tajikistan ‘Hantar’ Thailand Pulang Awal
Asia
Changsuek
Advertisements

Perlawanan terakhir kumpulan C AFC U-23 Asian Cup melibatkan Thailand dan Tajikistan menyaksikan kemenangan berpihak kepada negara Asia Tengah itu.

Thailand mempertaruhkan barisan terbaik bagi memburu kemenangan kedua setelah dibelasah Arab Saudi pada perlawanan lalu sekaligus mengintai peluang mengiringi dua pasukan Asia Tenggara yang lain iaitu Vietnam dan Indonesia lolos ke pusingan kalah mati.

Tajikistan pula turun dalam perlawanan terakhir ini bagi melengkapkan aksi di peringkat kumpulan setelah mencatatkan dua kekalahan sebelum ini sekaligus menutup peluang untuk mara lebih jauh.

Advertisements

Semuanya nampak baik buat Tajikistan apabila memiliki deretan peluang keemasan bagi membuka tirai jaringan, namun begitu penyudah tumpul memberikan Thailand ruang untuk kembali bernafas.

Penguasaan bola yang jelas memihak Tajikistan gagal digunakan sebaik mungkin sehingga memaksa separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Babak kedua menyaksikan permainan jelas didominasi oleh Tajikistan meskipun jurulatih Thailand, Issara Sritao melakukan beberapa pertukaran ke atas pasukan bimbingannya itu.

Advertisements

Thailand juga dilihat melepaskan beberapa peluang terhidang di hadapan pintu gol yang dilihat berpotensi untuk meletakkan skuad Gajah Perang itu di depan untuk mendahului permainan.

Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai setelah bek kanan Tajikistan, Manuchekhr Safarov menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan sekaligus membuatkan Thailand kempunan meraih mata.

Perlawanan di Stadium Al Janoub berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Tajikistan.

Advertisements

Keputusan ini jelas mengecewakan Thailand yang berada di kedudukan tercorot kumpulan setelah mengutip tiga mata hasil kemenangan awal ke atas Iraq minggu lalu manakala Tajikistan menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga.

Iraq yang berjaya menewaskan Arab Saudi 2-1 dalam satu lagi pertemuan menjadi wakil kedua kumpulan C yang mara ke pusingan suku akhir bersama-sama dengan juara bertahan edisi lalu itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram