AFC U-23 Asian Cup: Takhta Asia Milik Jepun, Kecewakan Uzbekistan
Asia
Uzbekistan FA
Advertisements

Perlawanan akhir AFC U-23 Asian Cup yang epik dan penuh debar menyaksikan Jepun berjaya menjulang kejuaraan setelah menumbangkan Uzbekistan pada Jumaat.

Jepun yang dibimbing oleh Go Oiwa menampilkan barisan terkuat bagi aksi final kali ini dengan dua tonggak utama yang membantu pasukan menewaskan Iraq sebelum ini iaitu Mao Hosoya dan Joel Chima Fujita dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Manakala Uzbekistan hanya mengekalkan tiga pemain daripada kesebelasan utama yang menundukkan Indonesia dalam perlawanan suku akhir yang lalu dengan rombakan besar-besar telah dilakukan.

Advertisements

Permulaan aksi menyaksikan Jepun lebih banyak menguasai bola di kawasan tengah dengan beberapa lorongan cantik mencari pemain-pemain serangan namun tidak berhasil.

Permainan lebih defensif dipamerkan oleh Uzbekistan dengan lebih banyak menyerap asakan dan mengharapkan serangan balas pantas yang dilancarkan ke kubu Jepun.

Advertisements

Meskipun kedua-dua pasukan mempunyai sekurang-kurangnya satu percubaan ke gawang gol lawan, akan tetapi ketumpulan bahagian serangan menyebabkan tiada jaringan dapat dijelmakan.

Separuh masa pertama tamat, Jepun 0-0 Uzbekistan.

Advertisements

Bersambung separuh masa kedua, dominasi di bahagian tengah kekal dimiliki oleh skuad Samurai Biru dengan peratus penguasaan sekitar 55 peratus berbanding Uzbekistan dengan 45 peratus.

Beberapa pertukaran telah dilakukan oleh barisan kejurulatihan Jepun melibatkan jentera serangan pada pertengahan babak kedua dalam usaha memecah kebuntuan jaringan.

Advertisements

Gol yang dicari akhirnya hadir menerusi rembatan kaki kiri Fuki Yamada yang berjaya menewaskan Abdukhovid Nematov di pintu gawang Uzbekistan pada masa kecederaan untuk meletakkan Jepun di hadapan.

Peluang terbaik Uzbekistan hadir selang beberapa minit kemudian apabila skuad kendalian Timur Kapadze dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan Umarali Rahmonaliev berjaya diselamatkan oleh Leo Kokubo.

Aksi di Stadium Jassim Bin Hamad berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Jepun.

Kemenangan ini menyaksikan skuad Samurai Biru berjaya menjulang kejuaraan kali kedua setelah kali terakhir bergelar juara Piala Asia B-23 pada edisi 2016

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram