AFF U23: Bekas Pengendali Selangor Lega Myanmar Melawan Meskipun Dibedil
Piala AFF
Myanmar National Team
Advertisements

Bekas pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya meskipun tewas dibedil oleh Thailand.

Myanmar terpaksa akur dengan kekuatan Thailand apabila tewas dengan keputusan 0-3 dalam aksi pertama bagi kumpulan A semalam.

Ketua Jurulatih Myanmar B-23, Michael Feichtenbeiner akui pasukannya telah melawan dengan habis baik, namun nasib tidak menyebelahi mereka. 

Advertisements

Jurulatih berusia 63 tahun ini percaya bahawa kegagalan menyudahkan peluang dihadapan gol adalah antara punca utama kekalahan.

“Keseluruhan persembahan pemain sangat baik, kami menghasilkan banyak peluang. 

“Saya merasakan kami dan Thailand mempunyai persamaan dari segi menghasilkan peluang pada separuh masa pertama.

Advertisements

“Bola sepak adalah sukan yang memerlukan gol, jika kita tidak boleh menghasilkan gol, kita akan kalah,” kata Michael Feichtenbeir dalam sidang media AFFPresse selepas tamat perlawanan. 

Jurulatih kelahiran Jerman ini baru sahaja mengambil alih pasukan Myammar bawah 23 tahun ini pada bulan 2 yang lalu selepas manamatkan kontrak bersama Selangor FC. Beliau juga merupakan bekas jurulatih bawah 15 tahun bagi pasukan kebangsaan Jerman.

Selepas ini, Myanmar akan bertemu pasukan Brunei dan Thailand akan berdepan Kemboja pada 21 Ogos ini jam 9 malam.

Advertisements

Saksikan sorotan perlawanan penuh di : https://fb.watch/mt_IffgMhe/?mibextid=cr9u03

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram