AFF U23: Kapten Laos Akui Kesilapan Benarkan Filipina Bangkit
Piala AFF
Lao Football Federation
Advertisements

Kapten skuad B-23 Laos, Khamsa Phimmasone mengakui kesilapan yang berlaku pada minit akhir perlawanan membolehkan Filipina meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C Piala AFF B-23.

Filipina menyangka sudah mendahului 2-1 menerusi Dennis Chung pada minit ke-93. Namun begitu, pada akhirnya, Souphan Kambai On membantu mereka meraih satu mata pada minit ke-95.

“Kesilapan berlaku tetapi kita akan perbaikinya (dalam perlawanan seterusnya),” katanya dalam temubual selepas perlawanan hari ini.

Advertisements

Khamsa yang memakai lilitan kapten hari ini menyaksikan pertahanan Million Elephants dibolosi dua kali dalam perlawanan ini.

Ini sesuatu yang perlu difikirkan jurulatih Guglielmo Arena lebih-lebih lagi dengan Vietnam bakal menjadi lawan mereka yang seterusnya pada 20 Ogos.

Advertisements

Laos tahu hanya kemenangan yang boleh mencerahkan peluang layak ke separuh akhir Piala AFF B-23. Namun begitu, reputasi Vietnam sebagai antara pasukan terbaik rantau Asia Tenggara menjanjikan ujian sukar buat Khamsa dan rakan-rakan sepasukannya.

Untuk makluman, rekod terbaik Laos ialah menduduki tempat ketiga Piala AFF B-23 edisi 2022 bersama Timor Leste.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram