AFF U23: Kapten Thailand Sedar Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki
Piala AFF
changsuek
Advertisements

Walaupun Thailand berjaya memenangi aksi pertama Piala AFF U-23 menewaskan Myanmar 3-0 semalam, ketua pasukan Thailand, Songchai Thongcham akui masih banyak yang perlu diperbaiki.

Perkara itu disuarakan Thongchai ketika ditemubual pihak media selepas tamat perlawanan semalam. Pemain kelab Chonburi di Liga Thailand itu juga sedar dengan situasi barisan pemain Thailand yang kebanyakannya kurang pengalaman.

“Masih ada banyak ruang lagi untuk diperbaiki. Kebanyakan pemain yang dibawa ke kejohanan ini (Piala AFF U23) adalah kali pertama menyertai kejohanan, jadi kita perlu lakukannya lebih lagi,” jelas Thongchai yang telah diterjemah oleh salah seorang staf pasukan Thailand.

Advertisements

Pada aksi semalam, Thailand dan Myanmar beraksi agak sengit dengan banyak peluang dicipta kedua-dua pasukan namun jelas kelebihan menjadi milik Thailand apabila berjaya menyudahkan peluang terhidang.

Thailand akan meneruskan saingan Piala AFF U-23 dengan bakal bertemu Brunei pada 19 Ogos sebelum mengakhiri saingan kumpulan A dengan menentang Kemboja pada 21 Ogos.

Untuk rekod, kali terakhir Thailand menjulang kejuaraan Piala AFF U-23 adalah pada tahun 2005. Mereka menjadi naib juara sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2019 dan 2022. Edisi sebelum ini dimenangi oleh pasukan Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram