AFF U23: Filipina Diikat Laos
Piala AFF
@AFFPresse
Advertisements

Skuad B-23 Laos diikat Filipina 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala AFF B-23 (AFF U23) di Stadium Wilayah Rayong, Rayong hari ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada 2019. Perlawanan tersebut menyaksikan Young Azkals tewas tipis 3-2 kepada Million Elephants.

Justeru, tidak hairanlah anak-anak buah Christopher Pedimonte mula mencari gol awal sebaik sepak mula. Penyerang Filipina, Selwyn Mamon menyangka telah menyumbat gol pertama perlawanan pada minit ke-17.

Advertisements

Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana Mamon dikesan pada kedudukan ofsaid. Kekecewaan penyerang Far Eastern University itu tidak bertahan lama apabila beliau menjaringkan gol pada minit ke-23.

Tersentak, Laos yang dibimbing Guglielmo Arena bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, kapten Khamsa Phimmasone mudah menanduk bola melepasi penjaga gol Young Azkals, Enrico Mangaoang.

Bersambung pada babak kedua, Million Elephants tidak berpuas hati apabila penalti tidak diberi kepada mereka oleh pengadil, Songkran Bunmeekiart pada minit ke-51. Ini kerana mereka merasakan Anousone Xaypanya telah ditarik pemain Filipina dalam kotak penalti.

Advertisements

Filipina terus dirundung malang apabila penyerang Jaime Rosquillo dibuang padang pada minit ke-75. Ini selepas Rosquillo didapati menyiku pertahanan Laos sehingga rebah sekaligus hampir mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Pertelagahan Laos-Filipina kembali tercetus pada minit ke-81 apabila John Lucero terpijak kaki pertahanan Million Elephants. Begitupun, kedua-dua pasukan kembali tenang selepas ditenangkan oleh Bunmeekiart.

Young Azkals menyangka telah menang menerusi Dennis Chung pada minit ke-93. Bagaimanapun, Souphan Kambai On memastikan satu mata dikongsi kedua-dua pasukan menerusi gol pada minit ke-95.

Advertisements

Keputusan ini tidak dimahukan Laos kerana mereka selepas ini perlu berdepan Vietnam pada 20 Ogos ini. Laos perlu menang atau berdepan kemungkinan tersingkir daripada kejohanan.

Sementara Filipina juga bakal berdepan lawan sama pada 22 Ogos. Dengan slot pasukan kedua terbaik menjadi pertaruhan, kedua-dua pasukan perlu menunjukkan prestasi terbaik bila berdepan Vietnam nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram