AFF U23: Thailand Tewaskan Myanmar
Piala AFF
AFFPresse
Advertisements

Perlawanan pertama bagi pasukan Thailand dan Myanmar di pentas Piala AFF B-23 telah berlangsung di Stadium Rayong.

Myanmar bermula garang pada awal 15 minit pertama permainan apabila penyerang mereka beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan pasukan Thailand.

Peluang-peluang terhidang yang dimiliki Myanmar bagaimanapun digagalkan ketangkasan penjaga gol Thailand, Thirawooth Sraunson.

Advertisements

Pada minit ke-20 permainan, skuad Gajah Perang memecah kebuntuan menerusi percubaan deras penyerang Thailand, Phodchara Chainarong.

Gelecekan mudah Chainarong sebelum melepaskan rembatan, gagal dihalang pertahanan dan penjaga gol Myanmar sekaligus memastikan gol pertama diraih Thailand.

Anak buah Issara Sritaro terus melabarkan jurang jaringan apabila kesilapan serta kelekaan pertahanan Myanmar dimanfaatkan pemain berjersi 17, Chukid Wanpraphao. Wanpraphao berjaya merampas bola dari lawan di dalam kawasan penalti Myanmar sebelum merembat masuk bola ke gawang.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat, Thailand 2-0 Myanmar.

Babak kedua bersambung dengan beberapa pertukaran dilakukan pengendali Myanmar, Michael Feichtenbeiner.

Juara bertahan Piala AFF B23 memiliki peluang terhidang pada minit ke-66 permainan menerusi penyerang gantian apabila berdepan situasi satu lawan satu di dalam kawasan kotak penalti. Malangnya ketangkasan penjaga gol Myanmar, Pyae Phyo memastikan gawang Myanmar tidak lagi dibolosi.

Advertisements

Pada minit ke-86 permainan, Thailand dihadiahkan sepakan penalti apabila pengadil mendakwa bola terkena tangan pertahanan Myanmar. Sepakan itu mudah disempurnakan penyerang gantian, Yotsakon Burapha.

Tiga minit masa tambahan tak ubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Thailand mengutip tiga mata atasi Myanmar dengan keputusan 3-0.

Aksi berikutnya dalam saingan kumpulan A menyaksikan Thailand bakal bertenu Brunei manakala Myanmar akan berdepan tentangan Kemboja.

Advertisements

Video penuh: https://fb.watch/muyH6RNE4U/

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram