Aguero: Hujan Lebat Jejaskan Momentum Sri Pahang
Liga Super
Official Sri Pahang
Advertisements

Kapten Sri Pahang, Sergio Aguero mengakui kecewa apabila terlepas peluang meraih tiga mata pada minit akhir permainan ketika berdepan Selangor pada Ahad.

Sri Pahang hanya dua minit sahaja dipisahkan dengan kemenangan, apabila mendahului menerusi jaringan Stefano Brundo pada minit ke-74.

Begitupun Brendan Gan memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi gol penyamaan minit ke-88.

Advertisements

Aguero mengakui, hujan lebat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada separuh masa kedua punca permainan dan momentum Sri Pahang terjejas teruk.

“Sejujurnya saya kecewa juga sebab kita seri pada minit-minit akhir tetapi yang penting adalah kita dapat satu mata menentang salah satu pasukan yang kuat seperti Selangor.

“Hujan turun dengan lebat dan kami berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang seperti itu untuk cuba bermain sebaiknya sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

“Tetapi kami satu pasukan sedang cuba untuk pergi satu demi satu perlawanan dan saya rasa kami telah bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Yang penting, selepas ini fokus pasukan adalah cuba untuk layak ke pusingan seterusnya memburu trofi (Piala FA) apabila menentang Perak nanti”, kata pemain naturalisasi itu.

Sebelum ini, ketua jurulatih, Fandi Ahmad turut memberitahu hujan lebat serta keadaan padang tidak membantu mereka untuk bermain bola dan terpaksa berkampung sahaja di kawasan sendiri.

Advertisements

“Untuk 10 minit terakhir, kita tidak dapat keluar dari kawasan sendiri, sebab Selangor sudah tolak semua pemain ke atas untuk menyerang. Itupun satu kebaikan untuk kita, sebab kita dah tak boleh main bola, kita hanya melakukan clearance dan mengharapkan serangan balas,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram