Identiti penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya diketahui selepas beliau membuka topengnya.
Baru-baru ini, Johor Southern Tigers telah memperkenalkan secara rasmi penjaga gawang baharu dari LaLiga 2, Andoni Zubiaurre yang menyertai pasukan.
Tonggak berusia 27 tahun itu menjadi rekrut terbaru Harimau Selatan sebagai persediaan memghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), September ini.
Bekas pemain Real Sociedad ini telah menjawab penantian selama hampir 5 bulan peminat JDT tentang gerangan watak baharu pada posisi penjaga gol.
Hal ini susulan JDT telah memberi bayangan mengenai penjaga gol baharu pasukan semasa sesi perkenalan jersi baharu bagi musim 2024/25 dengan seorang pemain berpoteng berdiri di sebelah Syihan Hazmi.
JDT dilihat sudah bersiap sedia lebih awal untuk mempertaruh barisan terbaik bagi menghadapi kejohanan ACLE tahun ini.
“Akhirnya dia buka topeng, kita sahaja lalai JDT sudah lama rancang,” ujar peminat, Zaid Latif di ruangan komen JST.
Kehadiran Zubiaurre menjadi tonggak ke-7 yang menyertai JDT bagu jendela perpindahan kali ini selepas beberapa muka baharu termasuk Jorge Obregon.
JDT bakal membuka langkah berdepan wakil China, Shanghai Port di gelanggang lawan pada 18 September 2024.