Akmal Rizal Mahu Tingkatkan Kualiti Permainan Penang
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Jurulatih sementara Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bersedia melakukan perubahan drastik ke atas pasukan itu untuk baki tiga perlawanan terakhir Liga Super.

Akmal melihat dengan melakukan perubahan ini, ini bukan sekadar menambahbaik kualiti permainan pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu di atas padang.

Malah, ini dapat memberi peluang buat mereka mengutip sebarang mata biarpun berdepan tiga pasukan yang menduduki kedudukan enam teratas Liga Super.

Advertisements

“Mungkin ada sedikit pertukaran dari segi sistem dan taktikal pasukan kerana itu satu perkara yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan corak permainan dan keputusan yang lebih positif.

“Yang penting, saya seorang jurulatih yang menggemari bola sepak berasaskan penguasaan bola dan serangan pantas. Dan yang itu yang saya akan cuba terapkan dari segi penguasaan bola.

“Pada masa sama, pemain-pemain juga perlu bersedia melakukan serangan-serangan pantas dan itu yang pasti (kita) cuba dapat untuk mengejutkan pertahanan pasukan lawan,” katanya selepas ditemubual Nadi Arena.

Advertisements

Penang masih lagi belum merekodkan sebarang kemenangan dalam Liga Super selepas kali terakhir melakukannya pada 27 April lalu.

Cabaran Akmal dijangka lebih sukar dengan tiga pasukan kuat menanti dalam tiga aksi terakhir liga.

Mereka bakal melayan kunjungan Sri Pahang FC dan Terengganu FC masing-masing pada 26 November dan 3 Disember.

Advertisements

Selepas itu, mereka akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menentang juara liga Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 17 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram