Kepulangan ‘Jeneral’ Akram Mahinan Nyalakan Perjuangan KL City
Dunia
KL City Football
Advertisements

Kepulangan perancang tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan untuk mengetuai pasukannya menentang Kedah Darul Aman semalam membawa tuah apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali dipertaruhkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengemudi jentera tengah pasukan bersama Arif Syakirin dan juga Romel Morales.

Beliau kelihatan cukup tenang dengan lilitan kapten di tangannya berjaya memberi aura untuk memacu The City Boys semalam.

Advertisements

Berdepan bekas majikannya, Akram memainkan peranan dengan cukup efisien untuk mematahkan segala serangan yang cuba dilancarkan ke arah gawang yang dikawal rapi oleh Kevin Ray Mendoza.

Pemain yang mesra disapa Akraminho ini juga melakukan beberapa hadangan bersih selain menang perebutan bola di udara untuk mengawal tempo permainan pasukan dengan cukup cemerlang.

Malah, kematangan yang ditampilkan oleh bekas pemain tengah Harimau Malaya ini terserlah apabila beliau turut naik ke atas untuk membantu jentera serangan pasukan.

Advertisements

Kepulangan beliau jelas lebih berbisa pada separuh masa kedua apabila kemasukan Paulo Josue membentuk keampuhan sekaligus berjaya mencipta kemenangan buat KL City.

Pasukan kendalian Bojan Hodak kini berada  pada kedudukan ke-4 selepas berjaya mengumpul 18 mata selepas 13 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram