Akram Terduduk Kecewa, Peminat Beri Sokongan Padu
Dunia
Twitter Akramninho
Advertisements

Pemain Kuala Lumpur City FC (KL City), Akram Mahinan pasti merasa sedikit terkilan selepas gagal membawa KL City menjulang Piala AFC tempoh hari.

Dalam satu ciapan twitter yang dikongsikan oleh Akram di laman twitter beliau, Akram dilihat seperti terduduk sedih sambil ditenangkan oleh rakan sepasukannya selepas tamat perlawanan akhir Piaal AFC.

Namun disebalik foto yang dikongsikan Akram itu, penyokong tetap memberikan sokongan padu kepada beliau sambil memuji persembahan enjin KL City itu sepanjang saingan Piala AFC itu.

Advertisements

Dalam masa yang sama, terdapat penyokong yang mahu Akram lupakan kesedihan dengan kembali fokus kepada saingan Piala Malaysia yang akan bermula minggu ini.

Prestasi luar biasa Akram sebelum ini menjadi sebutan apabila dalam perlawanan akhir antara zon Piala AFC menentang Sogdiana, beliau telah menempuhi jarak larian sebanyak 14 kilometer dalam perlawanan tersebut.

Perjalanan yang bukan mudah buat KL City dalam saingan Piala AFC kerana mereka terpaksa melalui beberapa perlawanan kalah mati di tempat lawan dan ianya seperti sebuah cerita dongeng yang hampir diakhiri dengan kejayaan.

Advertisements

KL City masih berpeluang untuk beraksi di Piala AFC musim hadapan dengan syarat mereka wajib menjulang Piala Malaysia musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram