Aksi Andre Onana ‘Lemas’ Di Gawang Manchester United
Eropah
independent.ie
Advertisements

Penjaga gol yang baru ditandatangani Manchester United, Andre Onana menerima satu tamparan hebat apabila dibolosi dengan gol dari jarak jauh.

Gol tersebut telah terhasil dalam aksi persahabatan di antara Manchester United dan RC Lens semalam. Jaringan yang dijaringkan oleh pemain berpengalaman RC Lens, Florian Sotoca itu dilakukan pada minit ke-23 ketika barisan pertahanan dilihat agak tinggi.

Onana yang keluar jauh dari posisi penjaga gol nyata tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya mampu terkapai-kapai. Ianya sekali gus memberi ruang buat pasukan pelawat mendahului perlawanan. Gol tersebut bertahan sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Advertisements

Ketinggalan satu gol tidak mematahkan semangat anak buah Erik Ten Hang dan mereka berjaya bangkit semula dengan tiga jaringan di babak kedua perlawanan.

Tiga jaringan Manchester United dijaringkan Marcus Rashford, Antony dan Casemiro. Lebih menarik lagi, ketiga-tiga jaringan yang dihasilkan United itu terjadi dalam tempoh hanya 12 minit sahaja.

Dengan kemenangan 3-1 ke atas RC Lens itu, Manchester United kini hanya perlu menghadapi satu lagi aksi persahabatan iaitu menentang Athletic Bilbao yang dijadulakan berlangsung pada jam 11 malam ini sebelum memulakan Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers pada 15 Ogos depan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram