Aksi Kai Havertz Bersama Arsenal Buat Penyokong Chelsea Gelak Besar
EPL
Arsenal
Advertisements

Penyerang baru Arsenal, Kai Havertz sudah mula merisaukan penyokong Gunners apabila gagal menyempurnakan 14 percubaan gol dalam aksi MLS All-Star Skill Challenge hari ini.

MLS All-Star Skill Challenge dianggap pemanas badan Arsenal dan barisan MLS All-Star sebelum berentap dalam perlawanan sebenar pada Jumaat ini.

Havertz mengambil giliran sebagai penjaring gol pertama Arsenal gagal menguji penjaga gol MLS All-Star, Roman Burki dengan semua percubaannya tersasar.

Advertisements

Ini sama sekali berbeza dengan bekas penyerang Aston Villa, Christian Benteke. Benteke yang kini beraksi untuk D.C. United berjaya menyempurnakan 30 sepakan voli menewaskan penjaga gol Aaron Ramsdale.

Kegagalan Havertz menjadikannya pemain pertama dalam sejarah yang gagal menjaringkan gol dalam aksi MLS All-Star Skill Challenge.

Havertz bagaimanapun boleh menghela nafas lega kerana Arsenal pada akhirnya memenangi MLS All-Star Skill Challenge menerusi bek tengah muda dari Amerika Syarikat, Auston Trusty.

Advertisements

Di media sosial, ramai penyokong Arsenal resah dengan perkembangan ini walaupun ini sekadar aksi pra-musim. Dan ada yang bimbang percaturan Mikel Arteta meletakkan Havertz di bahagian tengah bakal memakan diri.

Bagi penyokong Chelsea pula, mereka tidak akan merindui kelibatnya di Stamford Bridge lebih-lebih lagi bila beliau gagal menyempurnakan peluang dalam beberapa perlawanan berprofil tinggi musim lepas.

Selepas perlawanan persahabatan menentang MLS All-Star, Gunners bakal menentang Barcelona dan Manchester United untuk baki aksi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram