Aksi Kebal Sharul Nazeem Sekat Hasrat KL City
Dunia
MFL
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar beraksi dengan cukup cemerlang untuk menafikan peluang KL City FC ke suku akhir Piala FA.

Pemain berusia 23 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama Yaza Al’-Arab.

Malah, beliau yang mesra disapa ‘Afro’ ini telah menyukarkan usaha barisan serangan pasukan The City Boys yang diketuai oleh penyerang baharu KL, Jordan Mintah.

Advertisements

Kemampuan beliau yang cukup baik untuk membaca gerakan lawan selain kebolehan untuk memenangi pertarungan udara telah menutup peluang buat anak buah Bojan Hodak menjaringkan gol.

Bukan itu sahaja, pada separuh masa pertama, Sharul telah melakukan beberapa hadangan penting tatkala percubaan demi percubaan cuba dilancarkan oleh pemain KL City.

Bersambung babak kedua, beliau dilihat lebih tenang dan berjaya membaca gerakan lawan dengan lebih baik.

Advertisements

Larian-larian yang cuba direncanakan oleh Mintah juga seakan sudah berada dalam koceknya sungguhpun terdapat insiden pertembungan ketika cuba menghalang usaha pemain kelahiran Ghana itu menjaringkan gol.

Beliau juga telah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan pada malam ini.

Keputusan 1-0 kekal memihak kepada pasukan Selangor FC sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram