Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim
Harimau Malaya
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan.

Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan satu lagi pasukan sama ada Taiwan atau Kuwait bulan Mac ini.

Advertisements

Seterusnya, pada bulan Jun kelak, Malaysia akan turun dalam dua aksi juga dan salah satunya akan berlangsung di SSI iaitu aksi berdepan Yaman manakala satu lagi perlawanan akan beralih ke Pantai Timur sama ada Stadium Darul Makmur atau Stadium Mizan Zainal Abidin.

Namun begitu, Hamidin memaklumkan bahawa pihak FAM masih dalam penelitian venue sebelum September bakal menjadi bulan yang cukup sibuk apabila Malaysia bakal beraksi di luar negara.

Advertisements

Malaysia kini dalam fasa serius bagi memberi ruang kepada Pan-gon dan barisan kejurulatihan untuk membentuk satu skuad yang cukup ampuh.

Piala Asia dijadualkan berlangsung di Qatar pada Januari 2024 sekaligus berpeluang menyaksikan Malaysia beraksi di venue Piala Dunia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram