Pengadil Nyaris Ditumbuk, Aksi Panas Bola Sepak Pantai KLM – KDUP
Dunia
SiniJa / MakanBola
Advertisements

Insiden panas dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai 2022 menghangatkan lagi pertandingan tatkala keputusan pengadil perlawanan mendapat respon yang pelbagai daripada para pemain.

Kejohanan sirkit ke-2 yang berlangsung di Pantai Morib yang melibatkan 6 pasukan bertanding tidak terlepas daripada momen-momen yang mencuri perhatian ramai.

Aksi yang melibatkan pertarungan pasukan Kuala Langat Motor (KLM) menentang Kota Damansara UP (KDUP) berlangsung dengan sangat baik sebelum keputusan pengadil telah mengubah haluan perlawanan.

Advertisements

Insiden yang boleh ditonton menerusi ulang tayang di Facebook MakanBola ini bermula apabila seorang pemain daripada pasukan KDUP telah dibentes oleh pemain lawan.

Walau bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa pemain pasukan KLM telah menyikunya dari belakang seterusnya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

Keputusan ini tidak disenangi oleh para pemain KLM yang menganggap pengadil tidak melakukan keputusan dengan baik.

Advertisements

Kejadian yang berlangsung pada separuh masa ketiga (rakaman minit ke-41) ini bertambah tegang apabila pemain simpanan kedua-dua pasukan mula masuk ke dalam gelanggang.

Mereka terus mempertikaikan tindakan pengadil yang telah melayangkan kad kuning kepada rakan sepasukan mereka.

Salah seorang pemain KLM juga terus menunding jari ke arah pengadil perlawanan dan beliau nyaris-nyaris ditumbuk pada ketika ini.

Advertisements

Namun begitu, pihak pengurusan kedua-dua pasukan berjaya meleraikan ketengangan tersebut untuk meneruskan semula perlawanan seperti biasa.

Kejohanan sirkit ke-2 ini juga berlangsung dengan cukup meriah dengan aksi yang sangat kompetitif ditampilkan oleh setiap pasukan yang bertanding.

Kejohanan ini juga bakal diteruskan dengan sirkit ke-3 dijangka berlangsung pada bulan September tahun ini di venue yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram