Dunia
Advertisements

Debut Safawi bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense mendapat riaksi positif peminat bola sepak di Malaysia.

Rata-ratanya memuji Safawi yang kelihatan selesa memegang bola dan pemain Sporting SC juga kelihatan mengalami masalah untuk merampas bola dari kaki Safawi.

Selain itu Safawi juga kelihatan rajin merampas bola dari kaki pihak lawan. Walaupun kelihatan sedikit rendah namun oto Safawi jelas kelihatan sedikit besar berbanding rakan-rakanya.

Advertisements
safawi gelecek portimonense Aksi Pemain Sporting SC Tercungap Mengekang Gerakan Safawi Rasid
Safawi kelihatan selesa memegang bola dan beberapa kali membuat hantaran tepat kepada rakan-rakanya.

Dalam perlawanan bawah 23 tahun ini Portimonense tewas 1-3 kepada Sporting SC dan Safawi berada dalam kesebelasan utama selama 60 minit masa permainan sebelum digantikan.

Perlawanan berlangsung pada waktu petang dengan suhu dingin sekitar 16 darjah celcius nyata sedikit sebanyak memberi kelebihan buat Safawi yang sebelum ini mempunyai pengalaman bermain dalam cuaca sedikit dingin dalam saingan UCL di China, Jepun, dan Korea.

Video rumusan aksi Safawi yang dimuat naik oleh ROTP.

Advertisements

Portimonense bakal bertemu Tondela dalam saingan Liga Portugal Sabtu ini (24/10/2020) jam 3.30 pagi.

Sebelum ini Safawi tidak beraksi dalam perlawanan melibatkan skuad senior dan ketua jurulatih pasukan memberikan bayangan bahawa Safawi memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak Portugal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram