Advertising
Aksi Rafieq Amzar Pecut Buat Mat Salleh Tercungap
MakanBola
IG/rafieqalamzar

Pemain muda yang berkelana di Eropah, Rafieq Amzar mencuri tumpuan dengan larian sepantas kilat daripada garisan tengah padang selepas menerima hantaran tinggi daripada rakan sepasukannya.

Pemain kelahiran Selangor itu berjaya memintas pertahanan lawan walaupun pada ketika itu berada di belakang pemain lawan tersebut.

Bukan itu sahaja, pemain muda ini berjaya mengawal bola dengan baik sekaligus menghasilkan satu peluang keemasan buat rakan sepasukannya namun peluang itu disia-siakan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Amzi ⚡️ (@rafieqalamzar)

Ad

Pemain berusia 19 tahun ini dilihat semakin selesa beraksi di Bosnia apabila sudah berjaya menghasilkan gol dalam debutnya di saingan First League of Bosnia & Herzegovina.

Semoga pemain muda ini terus kekal konsisten sekaligus pada suatu hari nanti mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan Harimau Malaya.

Ad
Ad