Advertisements
Aksi Roma & Bayer Leverkusen Jadi Azimat Penang Rantai JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penang FC dilihat optimis untuk terus memberikan cabaran terbaik kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh ketua jurulatih pasukan, Maznoor Azwira kepada Karl Nunis, wartawan Astro Arena menjelang pertemuan yang cukup penting di Stadium Bandaraya awal bulan hadapan.

Katanya, beliau telah pun mencongak ramuan terbaik berdepan skuad Harimau Selatan yang kini ampuh meledak 49 gol dalam 12 aksi Liga Super.

Maznoor memberikan isyarat tidak gentar dengan rekod tersebut malah yakin anak buahnya akan melakukan yang terbaik di laman sendiri.

“Saya mengambil contoh pertemuan Roma dan Bayer Leverkusen pada aksi separuh akhir UEL, Roma hanya menguasai 28% perlawanan dan melakukan satu ke dua serangan dan memperoleh satu gol.”

“Saya ambil itu sebagai satu perkara yang positif dan semua orang tahu statistik itu. Kita tak perku menguasai sepenuhnya perlawanan tetapi satu satu peluang itu akan memberikan kelebihan buat Penang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Penang kini berada pada tangga ke-9 Liga Super setelah mencatat dua kemenangan, 4 seri dan 6 kekalahan selepas 12 perlawanan Liga Super.