Aksi Sensasi Elkan Baggott Pacu Ipswich Town Kejutkan Gergasi Jerman
Eropah
Ipswich Town
Advertisements

Pertahan muda Indonesia, Elkan Baggott berjaya membantu pasukannya, Ipswich Town mencatat kemenangan bergaya mengatasi pasukan gergasi dari Jerman, RB Leibziq.

Baggott telah diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan dalam kempen pra musim Piala Innsbruck malam semalam. Perlawanan tiga penjuru ini juga melibatkan pasukan Werder Bremen yang mana pertandingan ini mengguna pakai format 2×30 minit.

Dalam perlawanan pertama, Ipswich Town berjaya mengatasi RB Leibziq 1-0. Jaringan tunggal George Hirst memastikan kemenangan dicatat Ipswich Town di Stadium Tivoli Inndbruck. Berdepan Werder Breman, Ipswich Town sekadar mencatat keputusan seri, 1-1.

Advertisements

Aksi yang dipamerkan Elkan Baggott mendapat pujian ramai pihak. Beliau beberapa kali berjaya menghalang asakan lawan dan menutup kesilapan rakan sepasukan di bahagian pertahanan.

Ketenangan serta kelebihan fizikal yang dimiliki pemain berusia 20 tahun ini telah dimanfaatkan sebaik mungkin sepanjang perlawanan.

Satu kemenangan dan satu keputusan seri yang dicatat anak buah Kieran Mckenna memastikan Piala Innsbruck menjadi milik Ipswich Town. Permulaan yang baik buat pasukan Ipswich Town sebelum mengharungi kempen Liga EFL kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram