Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah memulakan sesi latihan pertama bagi kempen pra musim di The Sevens Stadium, Dubai. Para pemain JDT bersama barisan kejurulatihan pasukan telah tiba di Dubai pada kelmarin.

Pada sesi latihan pertama, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris turut tampil bersama pasukan di padang latihan. Aksi TMJ ‘turun padang’ menyertai latihan bersama para pemain telah meraih pujian.

Berdasarkan satu hantaran yang dimuat naik oleh laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers, kelibat Tunku Ismail Idris di padang latihan menerima respon positif daripada peminat dan penyokong JDT.

Advertisements

“Terbaik Tunku, terus berjuang demi JDT,” kata Omar Muhammad.

Tunku Ismail Training Aksi TMJ Sertai Latihan Bersama Pemain Raih Pujian

Tunku Ismail Idris amat sinonim dengan sikap mesra rakyat. Baginda sentiasa menitik beratkan aspek menjaga keharmonian dan kebajikan dalam pasukan. Tindakan TMJ ini wajar sekali dipuji dan dicontohi pemilik-pemilk kelab bola sepak di Malaysia.

Dalam pada itu, Johor Darul Ta’zim turut mengumumkan Moussa Sidibe sebagai pemain yang baru sahaja ditandatangani. Pemain yang berusia 27 tahun itu dimaklumkan bakal perkuat JDT di posisi sayap.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram