Gelagat yang ditampilkan oleh pemain sayap berpengalaman Perak FC, Wan Zack Haikal telah mencuri tumpuan media picisan antarabangsa.
Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang bersama The Bos Gaurus dengan meledak gol tunggal berdepan Sabah FC untuk membawa pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan pada awal permainan apabila tindakannya ‘menyapa’ pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.
Klip yang mula tular beberapa hari lalu sudah mula mendapat perhatian Eropah apabila sebuah media di sana iaitu Out Of Context Football yang telah mengulang ciap hantaran tersebut.
Sungguhpun begitu, umum mengetahui bahawa tindakan Wan Zack menampar lembut pengadil itu atas dasar keakraban yang terjalin antara mereka berdua.
Berdasarkan penjelasan oleh laman Pemerhati Pengadil, situasi Wan Zack dan Razlan itu berkait disebabkan mereka dahulu merupakan penuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Razlan dan Wan Zack difahamkan pernah bin karier bola bersama-sama sebagai pemain professional.
Pada perlawanan tersebut, Perak berjaya menyingkirkan Sabah dengan agregat 3-2 menerusi kemenangan 1-0 di laman sendiri.