Al-Ahli Pertahan Kejuaraan ACLE, Hampakan Machida Zelvia
MakanBola
Al-Ahli SC

Al-Ahli dinobatkan selaku juara AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2025-2026 selepas menumbangkan Machida Zelvia dalam aksi final yang penuh sengit.

Kejuaraan buat kali kedua berturut-turut ini dilakar oleh Al-Ahli setelah kelab kaya-raya Arab Saudi ini dipaksa bekerja keras untuk menumbangkan Machida Zelvia dari Jepun 1-0 di pentas final.

Bekas trio EPL iaitu Ivan Toney, Riyad Mahrez dan Edouard Mendy menjadi tonggak utama buat Al-Ahli manakala Yuki Soma Tete Yengi diberi tugas mengemudi jentera serangan Machida Zelvia.

Perlawanan berlangsung cukup sengit dengan siri serangan yang direncana oleh kedua-dua kelab masih belum mampu meleraikan kebuntuan jaringan di sepanjang babak pertama berjalan.

Suasana bertambah hangat apabila pemain Al-Ahli, Zakaria Hawsawi dilayangkan kad merah akibat tindakan liar beliau menanduk muka penyerang Machida Zelvia pada minit ke-68.

Gol pertama terhasil pada minit ke-96 menerusi percubaan jarak dekat oleh Firas Al-Buraikan untuk meletakkan Al-Ahli di hadapan selepas pertarungan sengit ini diheret ke masa tambahan.

Aksi di King Abdullah Sports City berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Al-Ahli sekali gus membolehkan kelab gergasi Arab Saudi itu mempertahanan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.