Ads
Alasan JDT Lepaskan Endrick Dos Santos
Transfer
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan alasan setelah melepaskan Endrick Dos Santos secara pinjaman.

Advertisements

Pemain naturalisasi Harimau Malaya itu membawa haluan ke Vietnam dan beraksi buat kelab V1 League, Ho Chi Ming City.

Advertisements

Tonggak berusia 29 tahun itu membawa haluan baharu bersama-sama tonggak muda JDT, Fergus Tierney yang ke Liga Thailand.

Advertisements
Advertisements

Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan iaitu Alistair Edwards mengucapkan selamat maju jaya kepada dua pemain ini.

“Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Endrick Dos Santos dan Fergus Tierney berikutan perpindahan pinjaman mereka masing-masing ke Vietnam dan Thailand.

Advertisements

“Endrick menyertai Ho Chi Minh City FC dari Vietnam manakala Tierney telah menyertai Chonburi FC.

JDT juga berharap agar tempoh pinjaman dua pemain ini dapat memberi pengalaman berharga dan memanfaatkan pasukan pada masa hadapan.

“Kami berharap pinjaman ini memberi manfaat yang membolehkan Endrick dan Tierney memperoleh pengalaman berharga yang akan memberi manfaat kepada Harimau Selatan pada masa hadapan,” ujar JST dalam satu kenyataan.

Advertisements

JDT juga telah melepaskan beberapa tonggak import pasukan seperti Jalil Elias ke Argentina dan Chico Geraldes ke LaLiga2 bersama CD Eldense.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram