Alex Agyarkwa Pernah Dijulang Ketika Berdepan Chelsea
Eropah
Ghanaweb / Selangor FC
Advertisements

Pemain import Selangor FC, Alex Agyarkwa telah menunjukkan prestasi luar biasa bersama Selangor untuk musim ini dan ianya sedikit sebanyak membantu Selangor layak ke pentas asia musim hadapan.

Namun pasti ramai yang tidak menyedari bahawa Agyarkwa merupakan pemain muda berbakat besar dari Ghana dan pernah dijulang sebagai pemain paling bernilai ketika bertemu pasukan Lagenda Chelsea pada tahun 2018.

Agyarkwa dan rakan senegaranya, Shadrach Adombila telah dipilih syarikat Unilever Ghana dan Rexona untuk beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan Pilihan Afrika menentang Lagenda Chelsea.

Advertisements

Pada ketika itu, pasukan Lagenda Chelsea dibarisi pemain-pemain ternama seperti Micheal Essien, Dennis Wise dan Celestine Babayaro. Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan 1-1.

Agyarkwa telah diberikan jersi khas yang mencetak nama ‘MVP’ di belakang jersi tersebut. Selepas itu, karier profesional Agyarkwa terus mekar bersama pasukan Accra Lions sebelum berhijrah ke Selangor pada 2021.

Untuk musim 2023 ini, Agyarkwa telah beraksi dalam 20 perlawanan bersama Selangor dan berjaya menyumbang tiga bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Beraksi di bahagian tengah bertahan, Agyarkwa dilihat mempunyai potensi yang besar dan aksi-aksi beliau yang selesa dengan bola sentiasa dinantikan penyokong Gergasi Merah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram