Alfaro: Pasukan Eropah Perlekeh Pasukan Ranking Rendah
Piala Dunia
Only Goals
Advertisements

Jurulatih Ecuador dari Argentina, Eduardo Alfaro menyifatkan kekalahan mengejut beberapa pasukan Eropah di Piala Dunia 2022 berpunca daripada sikap mereka memperlekeh pasukan ranking rendah. Kesilapan tersebut bukan saja membuatkan mereka terlebih yakin tetapi mudah membuat kesilapan sehingga dibolosi oleh lawan-lawan mereka.

Saingan Piala Dunia 2022 menyaksikan Jerman dan Belgium mengalami kekalahan mengejut di tangan Jepun dan Maghribi. Manakala Belanda yang dibimbing jurulatih legenda Louis van Gaal pula dipaksa seri 1-1 dengan Ecuador dalam perlawanan kedua Kumpulan A.

Dalam sidang media pra-perlawanan Ecuador-Senegal hari ini, Alfaro berkata, “Bola sepak yang dimainkan di Piala Dunia hari ini ialah bola sepak yang dimainkan di Eropah. Eropah, saya perasan, langsung tak adakan sebarang perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan dari Amerika Selatan sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia kali ini.”

Advertisements

Perkara ini disokong berdasarkan fakta penganjuran perlawanan persahabatan membabitkan pasukan-pasukan Eropah. Daripada 13 pasukan Eropah yang bertanding di Qatar, hanya Poland saja yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Amerika Selatan iaitu Chile kira-kira dua minggu lalu.

Bekas pengurus Al-Ahli itu turut berpandangan jurang kualiti antara pasukan-pasukan ternama dengan pasukan-pasukan lain semakin mengecil. Tambahnya, “Saya dapat melihat bola sepak berevolusi dan apa yang berlaku di Piala Dunia dapat dilihat pada pasukan-pasukan lain. Saya berharap trofi ini (Piala Dunia) akan digapai oleh pasukan dari Amerika Selatan.

Ecuador berkongsi empat mata dan kelebihan gol yang sama dengan Belanda dalam Kumpulan A. Pasukan Amerika Selatan itu boleh mara ke pusingan kedua dengan syarat tidak tewas dalam perlawanan terakhir menentang Senegal malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram