Allee Putra Bakal Kembali Ke Sepanyol
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemain muda berbakat, Allee Putra Azril bakal kembali berkelana ke Sepanyol selepas enam bulan bersama pasukan Kelantan FC.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemain berusia 18 tahun itu bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam.

Allee memaklumkan bahawa beliau akan kembali ke pasukan lamanya, Malaga City dan membarisi skuad senior mereka.

Advertisements

Beliau mengakui perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ini kerana Allee mendapat beberapa tawaran kelab Liga Super untuk terus beraksi di Malaysia.

“Saya nak mengesahkan bahawa saya akan kembali ke Malaga City dan beraksi untuk skuad senior. Semuanya sudah disahkan, hanya tunggu (proses) dokumentasi dan visa.

Advertisements

“Selepas semua itu selesai, saya akan terus bertolak ke Sepanyol untuk beraksi bersama skuad senior dalam divisyen keempat Tercera League,” katanya.

Allee melihat ini peluang untuk merealisasikan impian untuk beraksi di dua liga utama Eropah, La Liga dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Advertisements

“Selain kekal dengan skuad senior Malaga City untuk selama yang boleh, sejujurnya sasaran saya masih sama macam dulu iaitu La Liga dan EPL. Itu impian saya sejak dari dulu lagi.

“Tapi pada usia ini, anda kena lalui proses selangkah demi selangkah. Ya, pada saya, saya kena pergi ke Tercera League. Insya Allah harapnya saya dapat mendaki sehingga ke Segunda dan La Liga,” ujarnya.

Advertisements

Allee mencipta 10 penampilan bersama The Red Warriors dalam Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram